Wednesday, 21 September 2011

OH! JOM BerUsrah nak??

pukul 8 tepat, seusai mengimamkan jemaah di Kajang Central untuk solat isya', tetiba ade 1 call dari tepon,

**deringan [departure] karya noriyuki asakura

hanz : heloo assalamualaikum?

saudara : waalaikum salam, nep. pergi meeting dak?

hanz: huh? meeting!? ara!?(kantoi terlupe) 10 min weh! kasi aku 10 min!

**off hp

dengan kereta unser , maju selaju 140km/h, memecah kelajuan had yang dibenarkan kerajaan, laju aku pecut, pecuttt, "aiseh, aku lupe! lupeeeeeeeeeeee~!"alhamdullillah, dalam 12 min pastu aku sampai gak kat masjid Uniten , meeting G-Team yang disertai bro hadi, shahril irfarn , ikhwan, dan naqibah2 yang still single akhirnya lengkap (actually tak lengkap, still ade sahabat2 len tak dapat hadir >.<) dengan kehadiran jejaka bernama Hanif Abdul Karim (hoyey)

dalam sejam juga meeting tu, semuanya dilakukan semata-mata untuk menyediakan suatu medium untuk student uniten yang mengambil islamic study (ISLB) suatu halaqah ilmu dan rohani setiap malam khamis. YEP! halaqah yang dianjurkan semata2 untuk student uniten, dengan motto CICU yang berbunyi "UNITEN GENERATE PROFESSIONAL MUSLIM" ahaha~ gempak gile,semoga berjaya, (amen)

kenapa nak berhalaqah dan berusrah nie ye?

hurm, dulu aku pun pikir2 gak, nape ek nak buat. Bahkan aku nie pun bukanlah ade background agama. Walaupun ade ilmu, dan pernah berguru dengan guru2 agama masa dulu, tapi jiwa "islamic" tu tak pernah plak nak hadir.. tapi sekarang, di sini aku. -dalam masjid, bincang2 pasal menda nie plak", teringat plak masa kat kolej dulu, bile ade abang2 usrah yang entah dari mana datang nak serapkan aku dalam usrah dia, jarang sekali tunjuk muka, huu, *jiwa rebellious la dulu2..

tapi bile melanjutkan ke uniten,
aku mulai berjinak dengan system dinamakan usrah nie, thanks to saudara-saudara dari PPi, terutamanya Bro Hakim Khatib, Bro Baihaqi dan member-member seusrah dengan ku (shahril dan syafie). yep, melalui usrah,
aku dapat memantapkan bacaan al-qur'an, bukanlah bermakna aku baca tergagap, atau tak hafal langsung surah2 lazim.. tapi kerana kurang nye effort dan minat, surah2 lazim tu kian luput dan berkarat. Syukur ada Usrah untuk membantu menyedarkan daku satu perkara- aku banyak lupe surah lazim,malunye~!
-----------------------------------------------------------------
"hanif tau tak nape hanif blaja kat uniten?" bro bai (baihaqi) pernah tanye soklan tu, of coz aku tau, tapi aku senyap, sebab aku nak tau ape pikiran dia.

"belaja nie sebenarnya suatu ibadah, yang kita lakukan kerana Allah s.w.t, dan kita datang nie, semata-mata kerana Allah, itulah yang sebenar-benarnya tujuan hidup kita. Untuk beribadah kepada Allah"
  "aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadat kepada-Ku[1]"
"setiap orang tu ade jalan masing2 untuk mereka lalu, dan setiap liku tu plak ade cabaran masing-masing. Tapi, yang membezakan kita dengan insan lain(non-muslim) ialah, setiap titik akhir bagi setiap muslim adalah pertemuannya dengan Allah"

".....Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka dia akan sampai kepada Allah dan rasul-Nya...[2]"
terngiang-ngiang pesanan Bro Bai masa kat meeting tadi, pejam celik, dah 2 tahun peristiwa tu berlaku,
ya! suatu detik bermulanya matlamat hidup aku - sedaya upaya untuk mengamalkan ajaran islam dalam diri aku.

aku tak pernah perfect, kerana perfection is GOD. tidak pula aku mahir dan pandai, kerana semua ni'mat itu milik Allah yang dipinjamkan kepada ku,

aku bijak? tidak, kebijakkan itu pinjaman Allah untuk aku rasai
aku hensem?alhamdullillah(acecece ter"masuk mesin basuh") tu pun pinjaman Allah.

lalu apa yang aku ada?

....
....
......
.........
...........

entah...
----------------------------------------------------
lalu, bermula sekali lagi layanan memori, masa saudari Lina tengah cakap2 time meeting tu..(gomen, sebab terbuai-buat, lapa kot td, tak makan :P)

------------------------------------------------
"hanif, nanti hanif baca lah ya buku nie"

buku berwarna hijau yang kecil, kemas, dan besar tajuknya, simple plak tu ..

APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM-karya fathi yakan

lama juga ambik masa nak baca.. maklumlah, masa tu busy ngan exam lagi, study pun still tunggang langgang, hal dunia pun asyik problem je.. akhirnya, time raya (hijrah 1432) nie gak la berjaya khatam..
hahaha, buku yang diberi bro syahir, sebelum secara rasminya, usrahku tamat tidak bersambung,(macam dah graduate plak, hehe)

penekanan yang dibawa oleh penulis Fathi Yakan ini banyak membicarakan perkara-perkara yang wajib ada pasa setiap orang Muslim dan ia terbahagi kepada 2 bahagian .

tapi fokus berat buku ini (menurut aku) ialah pada bahagian pertama- menjelaskan syarat2  wajib yang ada pada setiap orang yang ingin menggabungakan dirinya dengan agama Allah-ISLAM.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
YA! itu dia! itu lah yang aku miliki! ISLAM! jawapan itu muncul lepas teringat buku fathi yakan. hehe, dun worry lina, aku dengar je point2 penting meeting td.:D ngee.

sebenarnya ramai kawan2 kita menjadi Muslim kerana "hobi" atau "take for granted". Mereka (termasuk kita) ini pada hakikatnya tidak memahami makna penyatuan atau "be ONE" dengan islam. Lantaran itu, kita dapat melihat saudara-saudara semuslim kita yang masih berada di RnR di hi-way of life ini.

itulah matlamat usrah dan berhalaqah.
setiap kumpulan akan dibahagikan oleh pihak G-team . setiap kumpulan memiliki seorang naqib(ketua) untuk memandu perjalanan sesi ini, dan disertai pelajar-pelajar jurusan kejuruteraan dan IT di Uniten. Naqib dan anak-anak buahnya akan bersama-sama menjawab persoalan-persoalan tentang kehidupan (baik soal apapun, mahupun soal pelajaran-aku prefer pelajaran ler) di samping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seorang Muslim, dengan harapan kita dapat memuhasabahkan diri dan berusaha untuk menerapkan system islamiyyah dalam kehidupan kita.
"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan (ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang Muslim dari dahulu dan (begitu pula) dalam (Al-Qur'an) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi  atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah pelindung, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong"[3]
tidak bermakna naqib itu alim(fasih atau power ) terhadap ilmu-ilmu agama itu, kerana Islam itu cukup meluas dan terperinci, namun naqib itu berupaya untuk menasihati, dan membimbing rakan-rakan nya seperti ala-ala Pembimbing Rakan Sebaya (hehe). Sesiapa juga boleh jadi naqib, tetapi berapa ramai pula mampu memiliki sifat seorang ketua? Kerana itu, untuk menjadi seorang naqib, jiwa , ilmu, kesabaran dan berani dalam mencari kebenaran itu mesti ada dalam diri mereka(naqib). Seorang naqib yang dipilih juga hanya manusia biasa seperti kita, ada yang kaki game, kaki komik, kaki bola, dan kaki berbulu seperti saya (haha).
Namun, apa yang pasti, mereka(naqib) memiliki satu objektif, dan impian yang sama, ingin saudara dan rakan2nya mengenal islam dan merasai nikmat cinta Illah..

itulah apa yang saya lihat pada naqib-naqib terdahulu, baik di mana pun saya pernah berada ( bersama member2 PPi, G-Team, dan usrah IKRAM).Kerana mereka tahu, da'wah ini hendaklah dikongsi dan dirasai bersama, dan itulah ciri2 insan yang tidak rugi masanya..
"kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"[4]
------------------------------------------------------------------------------------------
"hanif, ade paper nak tanye?" tetibe bro hadi memandang tepat lagi tajam kat aku, meskipun aku menyorok celah2 shahril dan ikhwan.

**layan blues masa silam terhenti.

"erm, bagaimana dengan kelas ngaji ye? saya ade dapat informasi yang adik2 nie nak blaja ngaji :D"...
..
-------------------------------------------------------------

sekarang, aku bukan lagi anak buah yang ditarbiyyah, sungguh aku still punya usrah IKRAM yang dipimpin Bro LuQ, sekarang, aku bukan lagi Hi-com CSG, suatu jawatan besar yang telah aku terima amanah dari Bro2 PPi terdahulu.. sekarang AKU ADALAH AKU-seorang muslim yang khilaf,bernaung di bawah G-Team,seorang yang masih kekok dan tidak sempurna, tetapi berusaha untuk menjadikan diri ini termasuk dalam kalangan mereka-mereka yang mencintai nikmat islam.

Nasihat mereka aku akan ingat, pesanan tuhan akan aku turuti, dan andainya daku tergolek kerana iman ter"kantoi" masa tu, akan aku bertaubat dan berazam - TERUS BERAZAM =D!

seorang sahabat seusrah masih lagi giat berjuang di PPi, manakala daku dan lain-lain pula berusaha membantu G-Team dalam usrah yang dijalankan. YA, objektif kami sama. Untuk saudara-saudara kami seronok mengenali islam.

lalu apa yang harus ditunggu lagi, marilah kita berusrah, jom lah mengaji bersama, kita pelajari hadis-hadis imam nawawi(hadis 40)


 kita dapatkan idea bersama member2 usrah kita, soal pelajaran? ape2 je la =D selagi mana kita mampu berbincang, dan jalannya ada pada islam, maka kita bincang sampai puas ~

SELAMAT BERUSRAH,
ingat lah,
ISLam = IS Life

referrences
[1] al-zariat-56

[2]hadis pertama imam nawawi [riwayat al-Bukhari no.1,54,2529,3898,5070,6689,6953,muslim no. 1907, Abu Daud no. 2201, al-Tarmizi no. 1646, al-Nasa'i no.1/59-60 , VI/158,ibn majah no.4227 dan Ahmad no 1./25,43]

[3]al-hajj,78

[4]al-asr' 3


Saturday, 13 August 2011

--Antara nikmat2 --

pernah tak kita renung balik, sejak dari awal kelahiran kita hinggalah ke dewasaan ini. apakah yang telah Allah kurniakan kepada kita, tapi kita tak perasan langsung, hinggalah kita kehilangannya.
ada manusia suka merungut kerana kekurangan itu dan ini, sedang manusia lain bersyukur dengan hanya secebis kasih sayang.

tapi, bukan kerana insan ini tidak bersyukur kepada Rabb , sebaliknya, kerana kurangnya peka dalam menghayati nikmat2 azza wa jalla.

pertamanya

sedar tak kita, saat kita dilahirkan,
ada ibu dan bapa lain menangisi kematian saudara kita yang belum sempat mendengar azan dari suara walidnya yang tercinta?

sedar tak kita, saat kita telah di perdengarkan azan,
ade saudara yang belum sempat merasai susu cinta dari bonda yang telah gugur semasa melahirkan kita?

sedar tak kita, saat kita mula petah berkata,
ada saudara yang tidak mampu berkata , "mama", "papa" , "walid", "daddy"," mommy"..nauzubillah, saudara kita senasib dengan kekasih Allah, -khatimul anbia...

sedar tak kita, masa mama masakkan lauk kegemaran kita, burger ayam .
ada insan lain yang tidak mampu merasai nikmat daging ter"lazat" kerana alergik atau tidak mampu menjamahnya kerana tak mampu nak beli??

dan, di saat kita diberi Allah sesuatu nikmat,
kita menolak hanya kerana
-aku tidak suka makanan ini,
-warna ini tidak sesuai dengan ku,
-aku benci kau, kerana kau busuk!
-eh? no no no, like hell im gonna go  there by foot, it's waaaaaay toooo far from here you know??

kesian kita... kesian lagi aku melihat nikmat Allah ini ditolak..

sedang insan lain tak cukup makan, hanya kerana malam ini kita makan ikan kering, kita menolak sebab ikan kering masakan ibu sama standart ngan makanan kuceng.

sedang allah mencipta tujuh petala warna,
kita menolak salah satunya, atau hanya menerima satunya sahaja.sedangkan setiap warna itu, jika digabung menjadi satu warna suci, yakni warna putih..tanpa merah maka rasullullah kehilangan baju kesayangannya, tanpa hijau maka syurga kehilangan serinya, dan tanpa perang, bumi hilang warna dadanya..tanpa pink,mana pulak mau di cari pink panther.. tanpa hitam, maka putih lah warna rambut kita, dan jika tanpa biru, doremon kini mungkin bewarna kuning ...

hanya kerana dia berlainan, darjat bangsa, agama mahupun warna kulit,
dasar aparteid dan boicottisme menjadi mazhab kita pula.. nauzubillah..

hanya kerana perlu berjalan semata2 hendak menuntut ilmu,
kita menafikan hak kaki untuk berjalan jauh. sedangkan Allah telah menciptakan kaki untuk berjalan.
sedang makin jauh ia berjalan, maka makin besar nikmat kaki itu kita peroleh, bahkan pahala juga kita dapat jika diniatkan kerana Allah...pasti kecewa insan2 yang tidak empunya kaki, mahu saja mereka menjerit,"bagi aku kaki kamu!" kerana malasnya kita, kerana kufurnya kita terhadap nikmat Allah..

saat kita melihat ke cermin, sesetengahnya kita melihat dengan aman, ade pula yang ter"riak", "waah, hensyem nye sayew ~<3" heh, tapi, ade pula yang melihat dan mengeluh.. "ya allah, nape la banyak jerawat... ya allah, gelap nye kulit aku.. ya allah, ya allah!"

sedangkan kita lupa..allah mencipta manusia dengan setiap mukanya tidak akan 100% mirip dengan orang lain. bahkan kembar seiras yang dikatakan,"perfect clone" pun ade sedikit perbezaan. subhanallah, kita ini hanyalah 1 dalam dunia...

di saat manusia mahukan kulit cerah, di barat mahukan kulit yang gelap.. kerana gelap itu seksi~~(kata mereka), kerana gelap itu mampu menahan sinar mentari yang perit membakar kulit..

di saat kita mahukan pipi yang sedikit kurang isi nya, malu sebab dikatakan tembam, ada pula suku kaum di afrika memaksa anak gadis mereka gemuk sejak dari kecil.. mereka hanya diberi minum susu penuh lemak sampai muntah.. "pastikan anak kita gemuk, biar besar, baru bagus" rungut bapa kepada si ibu.. kenapa ya?
kerana di sana, kekurangan makanan itu suatu fitrah, malah, mencari makanan di tanah gersang ibarat menunggu hujan di langit cerah..hanya Allah saja mampu memberikannya..
oleh itu, untuk mengelakkan keluarga wanita dikatakan miskin, atau berpenyakit, anak gadis dipaksa gemuk untuk membuktikan,"rumah kami bahgia kerana ade makanan"...

antara nikmat2 tuhan itu, lebih banyak kita mulai sedar, sebenarnya lebih luas lagi ilmu dan kasih sayangNya yang kita tak tau..

sejak awal kejadian kita, hingga saat kita dikuburkan di jasad bumi..

hingga pernah tuhan itu bertanya kepada kita..

"lalu nikmat tuhan mu yang manakah dikau dustakan?"

bukan sekali tuhan bertanya dalam satu surah,
tapi 30 plak tuu.. malunye kita.... huhu..

jadi, mari mari kita muhasabah diri balik, jadilah insan yang mengenal erti syukur, bukan mengenal erti rungut.

usah kita bicara lagi akan, "jangan tanya apa kerajaan buat pada kita, tapi tanya apa yang kita buat pada kerajaan"... tapi bicara lah dengan ilmiah dan islamiyyah,"usah tanya apa Allah beri pada kita, tapi apa yang kita beri untuk diri kita sendiri.."

jazakallah, wasallam..




Wednesday, 10 August 2011

--mencari cinta tuhan--

mencari cinta tuhan,
Disebalik cinta insan,
Bagai si ummu qais,
Dipinang suami yang menyinta,
Apakan dapat ku miliki,
Cinta yang maha suci,
Andai ku hampiri,
Cinta insan duniawi?
Famann kaa nat hijratuhu,
Ilallahi wa rasulihi,
Fahijratuhu ilallahi wa rosulihi.
Wamann kaa nat hijratuhu,
Lidunnya yusibuha,
Awim ro a tin,
Yan kihu ha.

Friday, 5 August 2011

--Hijrahku--

inilah hijrahku dan harus kau tahu,


Langkah ku pergi meninggalkan kau jauh,


Inilah hijrahku dan harus kau tahu,


Ku berpaling dari mu menjauh dari mu,


Selamat tinggal silam yang kelam ,


Kerana langkahku menuju tuhanku,

Selamat tinggal memori yang malang,

Ingin ku mencari sinar baharu,

Di sinar hidayah tuhanku,

Yang maha kasih maha cinta,

Tuhanku maha karya cinta!

Tuesday, 2 August 2011

kerana mengingatiMU

kerana mengingatiMu, 

romadhan ini bagai cinta kembang mekar,

bulan yang mengambang putih menyinar,

di sebalik menghijau warna-warna syurga,

yang dibawahnya mengalir sungai-sungai rahmat,

harumnya mewangi kasturi ,

bagai dari mulut mu'minin yang berpuasa..

Sunday, 10 July 2011

cinta ini

cinta ini,
bagai bunga mawar putih indah,
harumnya lembut membelai jiwa,
sedang cinta berputik mekar,
angin bertiup menggoyah bahtera,
cinta diukir sekian lama,
gugur bersepih berderai ke tanah,
cintaku kasih ikhlas untukmu,
namun takdir jua memisahkan jiwa,
redhai la suratan ujian illah,
sungguh ku cinta kan mu sampai akhir,
biar berpisah biar dipisah,
hanya kau yang ku rindu,
sesudah tuhan yang satu



  -hanif abdul karim-

Sunday, 26 June 2011

--sudah tiba masa--

usah ditunding jari menuduh,
usah ditanya mengapa dibala,
lihatlah diri empunya tubuh,
kemana hilangnya jati agama.

katakan allah itu ahad(satu),
katakan imanmu selari amalan,
bangkitlah segenap pemikir muslimin,
kita bersatu tegakkan daulah.

ingatkah kalian allah berfiman,
ummatmu (Muhammad s.a.w) satu dalam tautan,
bersatu teguh bercerai roboh,
itulah ingatan dalam Al-Qur'an.

andai ilmumu sebagai hiasan,
khuatir diazab azza wa jalla,
pulanglah kita ke pangkal jalan,
Al-Qur'an dan Sunnah,
sebagai panduan.


                                                                 Hanif Abdul Karim 

Monday, 20 June 2011

Again..

rain rain rain,
drop like tears,
 came down in fear,
for what my love is forsaken?
and for who that i sacrifice my youth and my soul?,
He who cried is he who feared,
He who sat is he who tired,
like a rain that came,
after a gloomy and hollow,
of a cloud that follow,
of a cried that unheard,
as they shun as they watch,
in despair i am, 
sorrow i am,


rain rain rain,
u came  u went, 
as love u spread,
as life sprung  ,
in spring u shared,
my life is no less
than a soil that needs love,
give me seeds give me more,
let me sprung,
after long drought of hatred
numbs with sorrow,
hollow in my soul...

ALLAH O My LORD,
send me angels
send me nur,
light my path,
enlight my soul,
give me strength
enhance my faith
as rain that pour,
which gave birth of a bloom sunflower..

Wednesday, 1 June 2011

Istanbul itu matlamat kita

Pastikan Agamaku Seluruhnya Islam



inginku jadikan bumiku istanbul,

pemimpinku bagaikan Murad,
imamku sepersis as-syahid hassan,
jiwaku dipimpin kalamullah,
penghuluku Rasullullah,
biar rehat para mujahiddin,
kerana bumiku ialah istanbul,
jika berkata para nasionalisma,
pujuk ku memegang acuan libralisma,
jawabku hanya khalifatullah,
demokrasi ku hanya pada as-syura,
selagi bumiku belum istanbul,
bangkitlah segenap ulama' dan saudara,
kita jadikan ummah gemilang,
dibawah panji ISLAM SELURUHNYA(istanbul)


Sunday, 15 May 2011

kerana aku ini inginkan CintA

cinta? kenapa mesti kita bercinta?
pernah aku bercinta?
pernah kita bercinta?
haramkah cinta pada sisi agama?
cinta yang bagaimana pula diredhai rabb ?

Ya Allah, cinta ini kronik, bukan kerana ia perit, tapi kerana ia sentiasa dynamic bagi ku,
adakala cinta itu indah, cukup untuk buat hidup ini aman, bahgia kerana insan bernama cinta.
tapi, kerana cinta, aku hilang kebebasan, jiwa terkongkong. ..amanah ku buang jauh, emosi mengimami diri...
kerana cinta, ku korbankan harta dan masa. bukan aku sahaja, tapi seluruh insan..

Tuhan,
Kau ciptakan cinta,
Kau juga ciptakan benci,
Kau lah Ar-Rahman,
bahkan Kaulah Ar-Rahim.

kerana cinta,
Bilal membisu kesedihan.. kerana kekasihnya pergi buat selamanya..
kerana cinta,
Hamzah syahid kerana Mu,
dan kerana cinta,
seorang jiwa mulia kehilangan rupa..

Namun kini,
kerana cinta,
insan hilang saudara,
bangsa hilang maruah,
kerana cinta,
perasaan menjurus kepada fanatik,
jiwa digoncang hebat....saudaraku saling berbunuhan, fitnah dan umpatan sesama kita...semua kerana cinta.


Emosi yang bagaimana harus ku pandu diri ini? Ya, iman yang bagaimana harus diri ini aku bentuk?

kerana cinta ini, suatu nikmat, suatu ujian, bagi setiap mahluk ciptaan Mu


************************************************************************

Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Bencilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.


***********************************************************************
Cintailah sesiapa yang kamu sukai, tapi ingat, kamu akan berpisah jua dengannya...
                                   


                                            Maka

cintailah sesuatu yang kekal, sesuatu yang sempurna sifatnya, yang menjadi tempat kebergantungan,
kerana cinta itu manis, jika 2 pasangan saling mencintai, cinta itu bermakna, jika kita menyintai sesuatu yang kita mampu peroleh kebahagiaan dan perlindungan..
 cintailah Allah Ar-Rahim, kerana cinta(penyayang) itu lah SifatNya.
kerana Dia lah yang sering memerhatikan kita, yang merindui kita , yang mengharapkan kita meminta2 dan bermanja2 dengan Nya, dikala berdoa, dikala sujud, dikala kita bersolat..
Dia lah yang sering mengawasi kita, yang menurun kan Al-quran, kerana kasihNya untuk membahagiakan kita.
Dialah yang mengutuskan cinta, dengan para rasul yang membawa khabar gembira, khabar rindu dari Pencipta ...
Dialah yang paling adil, yang tidak akan menzalimi kita di Masyar kelak.. tidak ditambah dan tidak akan ditinggalkan walau sekecil zarah pun amalan kita...



Ya Allah, cinta yang kucari ini,
hakikatnya datang mencariku,
namun kerana kabur akibat dosa,
aku buta dalam pencarian..

Sunday, 8 May 2011

minna, oinori shiyou~

Terdapat satu riwayat berkenaan sepasang suami isteri yang begitu menginginkan anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.

Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.

Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.

Setelah bertemu dan menceritakan segala permasalahannya kepada Rasulullah saw, Baginda menjelaskan bahawa nazar si suami itu tidak sah kerana ia membabitkan perkara haram. Perbuatan meminum air kencing anjing itu adalah haram maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.

Walaupun begitu, nazarnya masih boleh dilakukan dengan cara pergi kerumah orang islam yang tidak bersolat ketika hujan turun. Kemudian tadahlah air hujan yang mencurah dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari rumah orang yang tidak bersolat itu sama nilainya dengan air kencing anjing hitam.

Masya_Allah…

Sabda Rasulullah saw ” Amalan terawal yang dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat “

Bila berbicara tentang solat, ada sebilangan yang memandangnya sebagai isu remeh. “Alahai, macamlah kita ini tidak tahu yang solat itu wajib, lagi mahu diulang-ulang..”. Memanglah perlu diulang-ulang kerana kita ini jika tidak selalu diperingatkan akan mudah terlupa dan seterusnya lalai.

Di dalam hal ibadah solat, kerapkali melakukannya kadangkala bukan membuatkan kita lebih berhati-hati bahkan ada yang semakin hilang rasa keprihatinan pada nilai solat. Ia seolah-olah telah menjadi perkara yang begitu remeh untuk di perbincangkan. Ini kerana kebanyakkan kita bersolat tanpa jiwa hamba. Bersolat di dalam keadaan jasad dan hati tidak seiring. Secara langsung menghilangkan sensitivi berkenaan nilai solat yang dilaksanakan hingga mengakibatkan kita tidak terasa apa-apa untuk mengabaikannya.

Berdasarkan al-quran dan hadis Nabi golongan yang mengabaikan solat ini boleh dipecahkan kepada 4 kategori.

1- Golongan yang sememangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.

2- Golongan yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari semalam.

3- Golongan yang bersolat tetapi malas iaitu sering di lakukan di akhir waktu.

4. Golongan yang menunaikan solat lima waktu dalam keadaan lalai dan tidak mengingati Allah swt.

Lalu kita di golongan yang mana?

Maka periksa-periksalah diri kita dan periksa-periksalah solat kita. Moga kita tidak tergolong di antara keempat-empat golongan yang disebutkan diatas. Perbaikilah solat kita dan juga perhubungan kita dengan Allah swt.


*****thanks to http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/mari-belajar-mendalami-islam/status-si-pengabai-solat/220972741261985?notif_t=note_reply

for info :):)

pabila adik bertanya

adek bertanye,"abang2, kalau adek tak pakai tudung, allah marah tak?"
aku menjawab," boleh, adek nak pakai short pun boleh", kataku berseloroh
adek tanye balik,"tapi kenapa allah suruh pakai tudung,tutup aurat,cekgu adik slalu kata, aurat adek dari hujung rambut sampai kaki?"
aku,"itu untuk tutup aurat adek, lelaki selain abang,adek, dan papa tak leh tengok"
adek tanye, "abis tu, nape kawan adek tak pakai tudung, pakai short-tak tutup aurat?"
aku jawab," abang pun tak tau la adek... kawan adek tak tau kowt, adek kena la g tau diorang ye, "
adek ku bertanye lagi, "perlu ke adek cakap, nanti adek kena marah.. adek takut"
aku jawab ngan slamber," nabi kite cakap, [salinglah berpesan2 kepada kebaikan, dan saling berwaspada dari menda2 jahat](amar ma'ruf nahi mungkar"
adek inginkan kepastian, "kalau adek nasihat, kawan adek leh terima ke?"
aku ngan sengal2 perangaiku menjawab," insya allah~~ insya allah ~~ insya allah"
adek tergelak sebab aku nyanyi lagu maher zain, tapi sumbang tahap giant nanyi kat consert.

adek ku yang comey, bertanye lagi,"abang, nape allah buat neraka? adek tak nak masuk neraka"
aku pun pening nak jawab, tapi dengan ilmu yang sedikit, tambah doa ,aku jawab
"kerana allah mencipta syurga untuk adek , adek budak baik, sayang allah, tak tinggal solat, dengar cakap mama papa, tak lawan cakap abang, tak suka marah2"

adek gelak, "tapi kenapa ade neraka"
aku jawab ngan gurau," sebab nak rotan budak2 nakal"
adek tanye," kalau tak nak masuk neraka, tak pa kan?"
aku jawab," boleh, tapi ade syarat dia,kena sayang allah, sayang nabi kita, hormat jiran kita, walaupun kita tak slalu tegur mereka, tapi doa pada mereka mesti tau! pastu jngan tinggal solat, hormat cekgu2 dan slalu ingat allah"
adek membalas,"kalau senang, napa ade orang kena rotan gak?(maksud adek aku ialah masuk neraka)"
aku jawab," sebab diorang nakal <3"


adek diam, dan senyum puas, tanda paham...tapi aku pula yang semakin tak paham, kenapa budak sebersih nie ingankan syurga dan takut sesangat pada neraka, pada tuntutan islam, tapi aku, rakan2ku dan kita yang dewasa jarang skali ingat akan syurga?tapi more on duniawi???walla hu alam,=) sekadar menjadi renungan dan iktibar,

Saturday, 7 May 2011

pabila Allah Bertanya




 (Allah) Yang Maha Pengasih.
Yang telah mengajarkan Al-Qur'an.
Dia yang menciptakan manusia.
Mengajarnya pandai berbicara.
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
dan tetumbuhan dan pepohonan,keduanya tunduk (kepada-Nya).
Dan langit telah ditinggikanNya,dan Dia ciptakan keseimbangan itu,
agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu.
Dan bumi telah dibentangkanNya untuk mahlukNya,
di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,
dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
dan dia ciptakan jin dari nyala api tanpa asap.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Tuhan (yang memelihara) dua timur dan Tuhan (yang memelihara) dua barat
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Dia yang membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                                                                              
Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                  
Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagai gunung-gunung.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?       
Semua yang ada dibumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                                
Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya.Setiap waktu Dia dalam kesibukkan
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                         
Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin!
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Wahai golongan jin dan manusia!Jika kamu sanggup menebus (melintasi) pepenjuru langit dan bumi,maka tembuslah.Kamu tidak akan dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kepada kamu (jin dan manusia), akan dikirimkan nyala api dan cairan tembaga (panas) sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (darinya).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Maka pada hari itu manusia dan jin tidak akan ditanya tentang dosanya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Orang-orang yang berdosa itu diketahui dengan tanda-tandanya, lalu direnggut ubun-ubun dan kakinya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
Mereka berkeliling di sana dan di antara air yang mendidih.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syuga.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kedua syurga itu mempunyai aneka pepohonan dan buah-buahan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu terdapat aneka buah-buahan yang berpasang-pasangan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mereka bersandar di atas permaidani yang bahagian dalamnya dari sutera tebal.Dan buah-buahan dari syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Tidak ada balasan untuk kebaikkan selain kebaikkan(pula).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Dan selain dua syurga itu ada dua syurga lagi.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam keduanya (syurga itu) ada dua buah mata air yang memancar.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Bidadari-bidadari yang dipelihara di dalam kemah-kemah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
======================================================================
=======================================================================
=======================================================================
dipetik dan ditulis berdasarkan apa yang telah dibukukan
yang diperoleh dari apa yang telah diwahyukan
ARRAHMAN (55: ayat 1 hingga 78)



Dia yang membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.

Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing




Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagai gunung-gunung.
*kapal laksamana islam terbesar iaitu zheng he/cheng ho*