cinta? kenapa mesti kita bercinta?
pernah aku bercinta?
pernah kita bercinta?
haramkah cinta pada sisi agama?
cinta yang bagaimana pula diredhai rabb ?
Ya Allah, cinta ini kronik, bukan kerana ia perit, tapi kerana ia sentiasa dynamic bagi ku,
adakala cinta itu indah, cukup untuk buat hidup ini aman, bahgia kerana insan bernama cinta.
tapi, kerana cinta, aku hilang kebebasan, jiwa terkongkong. ..amanah ku buang jauh, emosi mengimami diri...
kerana cinta, ku korbankan harta dan masa. bukan aku sahaja, tapi seluruh insan..
Tuhan,
Kau ciptakan cinta,
Kau juga ciptakan benci,
Kau lah Ar-Rahman,
bahkan Kaulah Ar-Rahim.
kerana cinta,
Bilal membisu kesedihan.. kerana kekasihnya pergi buat selamanya..
kerana cinta,
Hamzah syahid kerana Mu,
dan kerana cinta,
seorang jiwa mulia kehilangan rupa..
Namun kini,
kerana cinta,
insan hilang saudara,
bangsa hilang maruah,
kerana cinta,
perasaan menjurus kepada fanatik,
jiwa digoncang hebat....saudaraku saling berbunuhan, fitnah dan umpatan sesama kita...semua kerana cinta.
Emosi yang bagaimana harus ku pandu diri ini? Ya, iman yang bagaimana harus diri ini aku bentuk?
kerana cinta ini, suatu nikmat, suatu ujian, bagi setiap mahluk ciptaan Mu
************************************************************************
Cintailah sesiapa yang kamu sukai, tapi ingat, kamu akan berpisah jua dengannya...
Maka
cintailah sesuatu yang kekal, sesuatu yang sempurna sifatnya, yang menjadi tempat kebergantungan,
kerana cinta itu manis, jika 2 pasangan saling mencintai, cinta itu bermakna, jika kita menyintai sesuatu yang kita mampu peroleh kebahagiaan dan perlindungan..
cintailah Allah Ar-Rahim, kerana cinta(penyayang) itu lah SifatNya.
kerana Dia lah yang sering memerhatikan kita, yang merindui kita , yang mengharapkan kita meminta2 dan bermanja2 dengan Nya, dikala berdoa, dikala sujud, dikala kita bersolat..
Dia lah yang sering mengawasi kita, yang menurun kan Al-quran, kerana kasihNya untuk membahagiakan kita.
Dialah yang mengutuskan cinta, dengan para rasul yang membawa khabar gembira, khabar rindu dari Pencipta ...
Dialah yang paling adil, yang tidak akan menzalimi kita di Masyar kelak.. tidak ditambah dan tidak akan ditinggalkan walau sekecil zarah pun amalan kita...
Ya Allah, cinta yang kucari ini,
hakikatnya datang mencariku,
namun kerana kabur akibat dosa,
aku buta dalam pencarian..