Saturday, 13 August 2011

--Antara nikmat2 --

pernah tak kita renung balik, sejak dari awal kelahiran kita hinggalah ke dewasaan ini. apakah yang telah Allah kurniakan kepada kita, tapi kita tak perasan langsung, hinggalah kita kehilangannya.
ada manusia suka merungut kerana kekurangan itu dan ini, sedang manusia lain bersyukur dengan hanya secebis kasih sayang.

tapi, bukan kerana insan ini tidak bersyukur kepada Rabb , sebaliknya, kerana kurangnya peka dalam menghayati nikmat2 azza wa jalla.

pertamanya

sedar tak kita, saat kita dilahirkan,
ada ibu dan bapa lain menangisi kematian saudara kita yang belum sempat mendengar azan dari suara walidnya yang tercinta?

sedar tak kita, saat kita telah di perdengarkan azan,
ade saudara yang belum sempat merasai susu cinta dari bonda yang telah gugur semasa melahirkan kita?

sedar tak kita, saat kita mula petah berkata,
ada saudara yang tidak mampu berkata , "mama", "papa" , "walid", "daddy"," mommy"..nauzubillah, saudara kita senasib dengan kekasih Allah, -khatimul anbia...

sedar tak kita, masa mama masakkan lauk kegemaran kita, burger ayam .
ada insan lain yang tidak mampu merasai nikmat daging ter"lazat" kerana alergik atau tidak mampu menjamahnya kerana tak mampu nak beli??

dan, di saat kita diberi Allah sesuatu nikmat,
kita menolak hanya kerana
-aku tidak suka makanan ini,
-warna ini tidak sesuai dengan ku,
-aku benci kau, kerana kau busuk!
-eh? no no no, like hell im gonna go  there by foot, it's waaaaaay toooo far from here you know??

kesian kita... kesian lagi aku melihat nikmat Allah ini ditolak..

sedang insan lain tak cukup makan, hanya kerana malam ini kita makan ikan kering, kita menolak sebab ikan kering masakan ibu sama standart ngan makanan kuceng.

sedang allah mencipta tujuh petala warna,
kita menolak salah satunya, atau hanya menerima satunya sahaja.sedangkan setiap warna itu, jika digabung menjadi satu warna suci, yakni warna putih..tanpa merah maka rasullullah kehilangan baju kesayangannya, tanpa hijau maka syurga kehilangan serinya, dan tanpa perang, bumi hilang warna dadanya..tanpa pink,mana pulak mau di cari pink panther.. tanpa hitam, maka putih lah warna rambut kita, dan jika tanpa biru, doremon kini mungkin bewarna kuning ...

hanya kerana dia berlainan, darjat bangsa, agama mahupun warna kulit,
dasar aparteid dan boicottisme menjadi mazhab kita pula.. nauzubillah..

hanya kerana perlu berjalan semata2 hendak menuntut ilmu,
kita menafikan hak kaki untuk berjalan jauh. sedangkan Allah telah menciptakan kaki untuk berjalan.
sedang makin jauh ia berjalan, maka makin besar nikmat kaki itu kita peroleh, bahkan pahala juga kita dapat jika diniatkan kerana Allah...pasti kecewa insan2 yang tidak empunya kaki, mahu saja mereka menjerit,"bagi aku kaki kamu!" kerana malasnya kita, kerana kufurnya kita terhadap nikmat Allah..

saat kita melihat ke cermin, sesetengahnya kita melihat dengan aman, ade pula yang ter"riak", "waah, hensyem nye sayew ~<3" heh, tapi, ade pula yang melihat dan mengeluh.. "ya allah, nape la banyak jerawat... ya allah, gelap nye kulit aku.. ya allah, ya allah!"

sedangkan kita lupa..allah mencipta manusia dengan setiap mukanya tidak akan 100% mirip dengan orang lain. bahkan kembar seiras yang dikatakan,"perfect clone" pun ade sedikit perbezaan. subhanallah, kita ini hanyalah 1 dalam dunia...

di saat manusia mahukan kulit cerah, di barat mahukan kulit yang gelap.. kerana gelap itu seksi~~(kata mereka), kerana gelap itu mampu menahan sinar mentari yang perit membakar kulit..

di saat kita mahukan pipi yang sedikit kurang isi nya, malu sebab dikatakan tembam, ada pula suku kaum di afrika memaksa anak gadis mereka gemuk sejak dari kecil.. mereka hanya diberi minum susu penuh lemak sampai muntah.. "pastikan anak kita gemuk, biar besar, baru bagus" rungut bapa kepada si ibu.. kenapa ya?
kerana di sana, kekurangan makanan itu suatu fitrah, malah, mencari makanan di tanah gersang ibarat menunggu hujan di langit cerah..hanya Allah saja mampu memberikannya..
oleh itu, untuk mengelakkan keluarga wanita dikatakan miskin, atau berpenyakit, anak gadis dipaksa gemuk untuk membuktikan,"rumah kami bahgia kerana ade makanan"...

antara nikmat2 tuhan itu, lebih banyak kita mulai sedar, sebenarnya lebih luas lagi ilmu dan kasih sayangNya yang kita tak tau..

sejak awal kejadian kita, hingga saat kita dikuburkan di jasad bumi..

hingga pernah tuhan itu bertanya kepada kita..

"lalu nikmat tuhan mu yang manakah dikau dustakan?"

bukan sekali tuhan bertanya dalam satu surah,
tapi 30 plak tuu.. malunye kita.... huhu..

jadi, mari mari kita muhasabah diri balik, jadilah insan yang mengenal erti syukur, bukan mengenal erti rungut.

usah kita bicara lagi akan, "jangan tanya apa kerajaan buat pada kita, tapi tanya apa yang kita buat pada kerajaan"... tapi bicara lah dengan ilmiah dan islamiyyah,"usah tanya apa Allah beri pada kita, tapi apa yang kita beri untuk diri kita sendiri.."

jazakallah, wasallam..