Sunday, 15 May 2011

kerana aku ini inginkan CintA

cinta? kenapa mesti kita bercinta?
pernah aku bercinta?
pernah kita bercinta?
haramkah cinta pada sisi agama?
cinta yang bagaimana pula diredhai rabb ?

Ya Allah, cinta ini kronik, bukan kerana ia perit, tapi kerana ia sentiasa dynamic bagi ku,
adakala cinta itu indah, cukup untuk buat hidup ini aman, bahgia kerana insan bernama cinta.
tapi, kerana cinta, aku hilang kebebasan, jiwa terkongkong. ..amanah ku buang jauh, emosi mengimami diri...
kerana cinta, ku korbankan harta dan masa. bukan aku sahaja, tapi seluruh insan..

Tuhan,
Kau ciptakan cinta,
Kau juga ciptakan benci,
Kau lah Ar-Rahman,
bahkan Kaulah Ar-Rahim.

kerana cinta,
Bilal membisu kesedihan.. kerana kekasihnya pergi buat selamanya..
kerana cinta,
Hamzah syahid kerana Mu,
dan kerana cinta,
seorang jiwa mulia kehilangan rupa..

Namun kini,
kerana cinta,
insan hilang saudara,
bangsa hilang maruah,
kerana cinta,
perasaan menjurus kepada fanatik,
jiwa digoncang hebat....saudaraku saling berbunuhan, fitnah dan umpatan sesama kita...semua kerana cinta.


Emosi yang bagaimana harus ku pandu diri ini? Ya, iman yang bagaimana harus diri ini aku bentuk?

kerana cinta ini, suatu nikmat, suatu ujian, bagi setiap mahluk ciptaan Mu


************************************************************************

Kata Imam Ali RA; "Cintailah seseorang itu sekadarnya belaka, mungkin ia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti. Bencilah seseorang itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti."
riwayat ibnu Abi Syaibah.


***********************************************************************
Cintailah sesiapa yang kamu sukai, tapi ingat, kamu akan berpisah jua dengannya...
                                   


                                            Maka

cintailah sesuatu yang kekal, sesuatu yang sempurna sifatnya, yang menjadi tempat kebergantungan,
kerana cinta itu manis, jika 2 pasangan saling mencintai, cinta itu bermakna, jika kita menyintai sesuatu yang kita mampu peroleh kebahagiaan dan perlindungan..
 cintailah Allah Ar-Rahim, kerana cinta(penyayang) itu lah SifatNya.
kerana Dia lah yang sering memerhatikan kita, yang merindui kita , yang mengharapkan kita meminta2 dan bermanja2 dengan Nya, dikala berdoa, dikala sujud, dikala kita bersolat..
Dia lah yang sering mengawasi kita, yang menurun kan Al-quran, kerana kasihNya untuk membahagiakan kita.
Dialah yang mengutuskan cinta, dengan para rasul yang membawa khabar gembira, khabar rindu dari Pencipta ...
Dialah yang paling adil, yang tidak akan menzalimi kita di Masyar kelak.. tidak ditambah dan tidak akan ditinggalkan walau sekecil zarah pun amalan kita...



Ya Allah, cinta yang kucari ini,
hakikatnya datang mencariku,
namun kerana kabur akibat dosa,
aku buta dalam pencarian..

Sunday, 8 May 2011

minna, oinori shiyou~

Terdapat satu riwayat berkenaan sepasang suami isteri yang begitu menginginkan anak tetapi masih belum ada rezeki untuk mereka memperolehinya. Oleh kerana itu sang suami telah bernazar untuk meminum air kencing anjing hitam sekiranya mereka dikurniakan anak.

Dengan takdir Allah, beberapa tahun selepas sang suami bernazar akhirnya mereka mendapat berita gembira apabila si isteri hamil dan selamat melahirkan zuriat untuk mereka.

Selepas peristiwa itu si suami itupun pergilah mencari anjing hitam untuk diminum air kencingnya. Puas mencari, dia dipertemukan juga dengan seekor anjing hitam. Si suami tidak menunggu lama untuk menadah air kencing anjing tersebut dan cuba untuk meminumnya. Malangnya dia tidak mampu meminum air kencing anjing hitam itu oleh kerana bau busuk yang amat daripada air kencing tersebut. Lalu si suami membuat keputusan untuk bertemu Rasulullah saw.

Setelah bertemu dan menceritakan segala permasalahannya kepada Rasulullah saw, Baginda menjelaskan bahawa nazar si suami itu tidak sah kerana ia membabitkan perkara haram. Perbuatan meminum air kencing anjing itu adalah haram maka nazar tersebut tidak perlu ditunaikan.

Walaupun begitu, nazarnya masih boleh dilakukan dengan cara pergi kerumah orang islam yang tidak bersolat ketika hujan turun. Kemudian tadahlah air hujan yang mencurah dari atap rumahnya, kerana air yang mencurah dari rumah orang yang tidak bersolat itu sama nilainya dengan air kencing anjing hitam.

Masya_Allah…

Sabda Rasulullah saw ” Amalan terawal yang dihisab oleh Allah swt di akhirat kelak ialah solat “

Bila berbicara tentang solat, ada sebilangan yang memandangnya sebagai isu remeh. “Alahai, macamlah kita ini tidak tahu yang solat itu wajib, lagi mahu diulang-ulang..”. Memanglah perlu diulang-ulang kerana kita ini jika tidak selalu diperingatkan akan mudah terlupa dan seterusnya lalai.

Di dalam hal ibadah solat, kerapkali melakukannya kadangkala bukan membuatkan kita lebih berhati-hati bahkan ada yang semakin hilang rasa keprihatinan pada nilai solat. Ia seolah-olah telah menjadi perkara yang begitu remeh untuk di perbincangkan. Ini kerana kebanyakkan kita bersolat tanpa jiwa hamba. Bersolat di dalam keadaan jasad dan hati tidak seiring. Secara langsung menghilangkan sensitivi berkenaan nilai solat yang dilaksanakan hingga mengakibatkan kita tidak terasa apa-apa untuk mengabaikannya.

Berdasarkan al-quran dan hadis Nabi golongan yang mengabaikan solat ini boleh dipecahkan kepada 4 kategori.

1- Golongan yang sememangnya meninggalkan solat lima waktu sehari semalam.

2- Golongan yang bersolat tetapi tidak cukup lima waktu dalam sehari semalam.

3- Golongan yang bersolat tetapi malas iaitu sering di lakukan di akhir waktu.

4. Golongan yang menunaikan solat lima waktu dalam keadaan lalai dan tidak mengingati Allah swt.

Lalu kita di golongan yang mana?

Maka periksa-periksalah diri kita dan periksa-periksalah solat kita. Moga kita tidak tergolong di antara keempat-empat golongan yang disebutkan diatas. Perbaikilah solat kita dan juga perhubungan kita dengan Allah swt.


*****thanks to http://www.facebook.com/?ref=home#!/notes/mari-belajar-mendalami-islam/status-si-pengabai-solat/220972741261985?notif_t=note_reply

for info :):)

pabila adik bertanya

adek bertanye,"abang2, kalau adek tak pakai tudung, allah marah tak?"
aku menjawab," boleh, adek nak pakai short pun boleh", kataku berseloroh
adek tanye balik,"tapi kenapa allah suruh pakai tudung,tutup aurat,cekgu adik slalu kata, aurat adek dari hujung rambut sampai kaki?"
aku,"itu untuk tutup aurat adek, lelaki selain abang,adek, dan papa tak leh tengok"
adek tanye, "abis tu, nape kawan adek tak pakai tudung, pakai short-tak tutup aurat?"
aku jawab," abang pun tak tau la adek... kawan adek tak tau kowt, adek kena la g tau diorang ye, "
adek ku bertanye lagi, "perlu ke adek cakap, nanti adek kena marah.. adek takut"
aku jawab ngan slamber," nabi kite cakap, [salinglah berpesan2 kepada kebaikan, dan saling berwaspada dari menda2 jahat](amar ma'ruf nahi mungkar"
adek inginkan kepastian, "kalau adek nasihat, kawan adek leh terima ke?"
aku ngan sengal2 perangaiku menjawab," insya allah~~ insya allah ~~ insya allah"
adek tergelak sebab aku nyanyi lagu maher zain, tapi sumbang tahap giant nanyi kat consert.

adek ku yang comey, bertanye lagi,"abang, nape allah buat neraka? adek tak nak masuk neraka"
aku pun pening nak jawab, tapi dengan ilmu yang sedikit, tambah doa ,aku jawab
"kerana allah mencipta syurga untuk adek , adek budak baik, sayang allah, tak tinggal solat, dengar cakap mama papa, tak lawan cakap abang, tak suka marah2"

adek gelak, "tapi kenapa ade neraka"
aku jawab ngan gurau," sebab nak rotan budak2 nakal"
adek tanye," kalau tak nak masuk neraka, tak pa kan?"
aku jawab," boleh, tapi ade syarat dia,kena sayang allah, sayang nabi kita, hormat jiran kita, walaupun kita tak slalu tegur mereka, tapi doa pada mereka mesti tau! pastu jngan tinggal solat, hormat cekgu2 dan slalu ingat allah"
adek membalas,"kalau senang, napa ade orang kena rotan gak?(maksud adek aku ialah masuk neraka)"
aku jawab," sebab diorang nakal <3"


adek diam, dan senyum puas, tanda paham...tapi aku pula yang semakin tak paham, kenapa budak sebersih nie ingankan syurga dan takut sesangat pada neraka, pada tuntutan islam, tapi aku, rakan2ku dan kita yang dewasa jarang skali ingat akan syurga?tapi more on duniawi???walla hu alam,=) sekadar menjadi renungan dan iktibar,

Saturday, 7 May 2011

pabila Allah Bertanya




 (Allah) Yang Maha Pengasih.
Yang telah mengajarkan Al-Qur'an.
Dia yang menciptakan manusia.
Mengajarnya pandai berbicara.
Matahari dan bulan beredar menurut perhitungan.
dan tetumbuhan dan pepohonan,keduanya tunduk (kepada-Nya).
Dan langit telah ditinggikanNya,dan Dia ciptakan keseimbangan itu,
agar kamu jangan merosakkan keseimbangan itu.
Dan bumi telah dibentangkanNya untuk mahlukNya,
di dalamnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang,
dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,
dan dia ciptakan jin dari nyala api tanpa asap.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Tuhan (yang memelihara) dua timur dan Tuhan (yang memelihara) dua barat
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Dia yang membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.
Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                                                                              
Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                  
Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagai gunung-gunung.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?       
Semua yang ada dibumi itu akan binasa,
tetapi wajah Tuhanmu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan tetap kekal.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                                
Apa yang di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya.Setiap waktu Dia dalam kesibukkan
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?                         
Kami akan memberi perhatian sepenuhnya kepadamu wahai (golongan) manusia dan jin!
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Wahai golongan jin dan manusia!Jika kamu sanggup menebus (melintasi) pepenjuru langit dan bumi,maka tembuslah.Kamu tidak akan dapat menembusnya kecuali dengan kekuatan (dari Allah).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kepada kamu (jin dan manusia), akan dikirimkan nyala api dan cairan tembaga (panas) sehingga kamu tidak dapat menyelamatkan diri (darinya).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilauan) minyak.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Maka pada hari itu manusia dan jin tidak akan ditanya tentang dosanya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Orang-orang yang berdosa itu diketahui dengan tanda-tandanya, lalu direnggut ubun-ubun dan kakinya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Inilah neraka jahanam yang didustakan oleh orang-orang yang berdosa.
Mereka berkeliling di sana dan di antara air yang mendidih.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? 
Dan bagi siapa yang takut akan saat menghadap Tuhannya ada dua syuga.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kedua syurga itu mempunyai aneka pepohonan dan buah-buahan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu terdapat aneka buah-buahan yang berpasang-pasangan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mereka bersandar di atas permaidani yang bahagian dalamnya dari sutera tebal.Dan buah-buahan dari syurga itu dapat (dipetik) dari dekat.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Seakan-akan mereka itu permata yakut dan marjan.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Tidak ada balasan untuk kebaikkan selain kebaikkan(pula).
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Dan selain dua syurga itu ada dua syurga lagi.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Kedua syurga itu (kelihatan) hijau tua warnanya.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam keduanya (syurga itu) ada dua buah mata air yang memancar.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam kedua syurga itu ada buah-buahan, kurma dan delima.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik dan jelita.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Bidadari-bidadari yang dipelihara di dalam kemah-kemah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mereka bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan?
Mahasuci nama Tuhanmu Pemilik Keagungan dan Kemuliaan.
======================================================================
=======================================================================
=======================================================================
dipetik dan ditulis berdasarkan apa yang telah dibukukan
yang diperoleh dari apa yang telah diwahyukan
ARRAHMAN (55: ayat 1 hingga 78)



Dia yang membiarkan dua laut mengalir yang (kemudian) keduanya bertemu.

Di antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing




Milik-Nyalah kapal-kapal yang berlayar di lautan bagai gunung-gunung.
*kapal laksamana islam terbesar iaitu zheng he/cheng ho*